Mengapa Pilih MCHG
Jenis Kanser
Terapi-terapi kanser
Cerita Pesakit
Pusat Perkhidmatan
Hubungi Kami

TEKNOLOGI INVASIF MINIMA, MEMBANTU PESAKIT KANSER PAYUDARA DARI MALAYSIA MELAWAN KANSER*

Lima belas tahun yang lalu, Goh Guat Imm menemui benjolan kecil kira-kira 1.4cm di payudara kiri. Dia telah pergi ke hospital tempatan untuk menjalani pemeriksaan dan keputusan biopsi menunjukkan ia adalah kanser payudara. Pada masa itu, Goh Guat Imm berasa sedih dan terkejut kerana dia tidak pernah mengalami simptom atau apa-apa ketidakselesaan. Dia tidak menyangka dirinya menghidap kanser.

Goh Guat Imm dan keluarga mula bertanya tentang rawatan kanser. Di Malaysia, dia telah berjumpa dengan tiga orang doktor dan mereka semua menasihatinya untuk melakukan reseksi pembedahan dan Goh Guat Imm menolaknya. Goh mempunyai dua orang kawan yang di diagnosis dengan kanser payudara, kedua-duanya mati selepas reseksi pembedahan dalam masa dua atau tiga tahun. Jadi dia merasa takut untuk melakukan pembedahan tersebut. Melalui seorang kawan, Goh Guat Imm mula mempraktikkan rawatan konservatif dengan mengambil ubat tradisional Cina, selama 15 tahun.

kanser payudara,Teknologi invasif yang minimum,St. Stamford Modern Cancer Hospital Guangzhou

Goh Guat Imm

Selama 15 tahun yang lalu, walaupun Goh Guat Imm tidak pernah merasakan ketidakselesaan, benjolan dipayudaranya semakin besar. Pada bulan Mei 2018, saiz benjolan tersebut meningkat kepada kira-kira 5 x 6.5 cm beserta pendarahan. Pada masa ini, dia agak takut, tetapi oleh kerana dia tidak mengalami ketidakselesaan lain, dia meneruskan pengambilan ubat tradisional Cina untuk aplikasi luaran dan dalaman, walaubagaimanapun ia tidak berkesan. Untuk tidak membimbangkan keluarganya, Goh Guat Imm tidak memberitahu mereka dan dia secara rahsia mengambil ubat-ubatan tersebut. Sehingga suatu hari, cucunya tiba-tiba mendapati terdapat kesan tompokan darah di bajunya dan bertanya jika benjolannya berdarah. Goh Guat Imm berbohong dengan berkata: "Benjolan itu tidak berdarah, hanya kaki saya terluka." Tetapi cucunya tidak mempercayai kata-katanya dan segera memaklumkan kepada anak sulung Goh Guat Imm. Pada masa ini, keluarganya telah mengetahui keadaannya kesihatannya telah semakin merosot, mereka merasa sangat bimbang dan mula mencari rawatan kanser yang baik untuknya.

Cucu perempuan Goh Guat Imm menjumpai maklumat tentang St. Stamford Hospital Kanser Moden Guangzhou melalui carian internet. Kemudian, anak lelaki Goh Guat Imm membawanya ke pejabat hospital di Pulau Pinang untuk mendapatkan konsultasi dengan Dr. Tai Lee Siang. Berdasarkan keadaannya, doktor menasihati untuk pergi ke Stamford Hospital Kanser Moden Guangzhou bagi menjalani rawatan invasif minima. Ketika sesi konsultasi, mereka mengetahui bahawa berbanding dengan reseksi pembedahan, teknik invasif yang minima mempunyai kelebihan seperti insisi yang kecil, kesan sampingan yang sedikit, dan tindak balas yang cepat. Selain itu, anaknya juga mengetahui daripada rakan-rakan bahawa ramai pesakit kanser dari Malaysia mengalami proses pemulihan yang baik selepas menjalani rawatan di St. Stamford Hospital Kanser Moden Guangzhou, jadi mereka memutuskan untuk membawa Goh Guat Imm ke China untuk merawat kanser.

Pada September 2018, dengan ditemani oleh anak lelakinya, Goh Guat Imm telah datang ke St. Stamford Hospital Kanser Moden Guangzhou. Semasa pemeriksaan, mereka mendapati saiz tumor telah meningkat kepada kira-kira 8 x 6 cm, disertai dengan ulser. Mengambil kira keadaannya, Team Multidisciplinary (MDT) menetapkan rawatan cryotherapy dan terapi intervensi untuknya.

"Saya menerima rawatan cryotherapy terlebih dahulu, dan kemudian terapi intervensi. Selepas terapi intervensi pertama, tumor mula menyusut. Sehingga kini saya telah menjalani 6 sesi terapi intervensi. Semasa 4 sesi pertama rawatan, saya merasa agak tidak selesa, tetapi selepas kali ke-5, saya tidak berasa apa-apa ketidakselesaan lagi. Saya baru saja selesai sesi ke-6 terapi intervensi semalam, dan anda lihat, saya sangat baik hari ini. "Goh Guat Imm berkongsi pengalaman rawatan invasif yang minima di St. Stamford Hospital Kanser Moden Guangzhou. Selepas menjalani rawatan invasif minima yang komprehensif, tumor Goh Guat Imm telah menyusut sebanyak kira-kira 80% dan kansernya telah berjaya dikawal.

kanser payudara,Teknologi invasif yang minimum,St. Stamford Modern Cancer Hospital Guangzhou

Dr. Pan Xin and Goh Guat Imm

Goh Guat Imm bercerita tentang doktor dan jururawat di hospital tersebut, "Doktor disini sangat bertanggungjawab, terutamanya doktor yang menyelia saya iaitu Dr. Pan Xin, beliau seorang doktor yang sangat mengambil berat dan lucu dan berhati-hati membersihkan luka saya setiap hari. Jururawat juga sangat ramah dan menyenangkan, setiap kali mereka masuk untuk melakukan rondaan, mereka sentiasa memberikan senyuman manis. Dan bila-bila masa anda memerlukan mereka, mereka akan datang dan membantu dengan segera. Saya sangat berterima kasih kepada mereka kerana menjaga saya dan menawarkan bantuan semasa dimasukkan ke hospital.

Semasa rawatan, Goh Guat Imm bertemu dengan beberapa pesakit kanser dari Malaysia. Apabila dia mengetahui bahawa kesan rawatan mereka juga sangat baik, dia berasa gembira untuk mereka dan keyakinannya bertambah untuk meneruskan rawatan. Goh Guat Imm sangat optimistik dan dia sentiasa menggalakkan pesakit kanser lain untuk bersemangat, mempercayai doktor dan mencari rawatan yang sesuai. Goh Guat Imm juga berharap agar semua pesakit kanser cepat sembuh.


More Patients Story

Menyuarakan pertanyaan anda kepada profesional perubatan dalam talian dan anda

Chat with us




Terapi Intervensi

Terapi Intervensi merupakan satu gantian baru kepada kemoterapi tradisional, di mana seorang doktor memasukkan instrumen seperti jarum atau kateter (tiub yang panjang, kurus) ke dalam tubuh badan melalui insisi yang kecil (1-2mm) di kulit. Instrumen itu kemudiannya dipandu oleh satu teknik pengimejan berpanggil floroscopi ke tumor kanser. Dengan kaedah ini, doktor boleh terus menyampaikan ubat cancer ke dalam tumor.Ketahui Lebih Lanjut

Krioterapi

Krioterapi, juga dikenalkan sebagai “Krioterapi Pisau Argon- Helium”, merupakan satu gantian baru kepada pembedahan fizikal. Secara praktikalnya, ia merupakan rawatan kanser “melampau sejuk + melampau panas”. Umumnya, sekurang-kurangnya 10-15 minit diperlukan untuk mencapai kesan analgesik yang melampau (melegakan kesakitan) sementara menurunkan suhu tempat yang cedera, dengan demikian mengurangkan kadar metabolik dan bengkak yang berkait dengan cedera tisu.Ketahui Lebih Lanjut


Cari Doktor

Pasukan perubatan kami termasuk pakar bedah, pakar onkologi radiologi, pakar onkologi perubatan, jururawat, pakar pemakanan, bersama dengan jurubahasa dan pakar kesihatan yang berkaitan; kami berdedikasi untuk memberi anda perkhidmatan yang mudah dan berkualiti tinggi.

Perundingan Percuma