Menu
Modern Cancer Hospital Guangzhou telah diiktiraf oleh JCI dan sertai International Hospital Group yang paling berkualiti

Modern Cancer Hospital Guangzhou, Akreditasi JCI

Kebelakangan, satu emel daripada Ibu Pejabat JCI di Chicago Amerika memberitahu bahawa Modern Cancer Hospital Guangzhou telah diiktiraf oleh JCI pada versi ke-5 yang bermakna untuk tahap paling tinggi bagi akreditasi untuk perkhidmatan perubatan dan pengurusan hospital. Ini bermaksud Modern Cancer Hospital Guangzhou telah menjadi salah satu institute perubatan yang paling maju di dunia yang keselamatan perubatan, kualiti dan perkhidmatan telah mencapai standard antarabanga yang paling tinggi.

Persediaan setahun untuk akreditasi JCI mendorong hospital mencapai standard antarabangsa

Akreditasi JCI dianggap sebagai standard pertama dalam penjagaan kesihatan global dan dan juga sebagai akreditasi paling berwibawa untuk kualiti perubatan. Masa kini, semua hospital di dunia secara aktif dalam persediaan dan memastikan usaha yang tekal untuk mendapatkan kelulusan JCI.

Dari 13 ke 17 Oktober 2014, tiga penilai yang pakar: Robert Christmas, Muayad AL-Hussaini and Jeanne Lim, telah dihantar oleh ibu pejabat JCI untuk menilai Modern Cancer Hospital Guangzhou, Akreditasi JCI termasuklah jumlah 316 jenis standard dan 1262 perkara dinilaikan. Penilaian Modern Cancer Hospital Guangzhou berdasarkan versi lima standard JCI yang paling ketat. Dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti kajian semula dokumen, temu bual yang mendalam, trek sistem dan trek pesakit, pakar penilai JCI mempunyai pemeriksaan yang terperinci dan juga penilaian menyeluruh dalam semua aspek sebuah hospital. Termasuklah struktur organisasi, sistem pengurusan, perkhidmatan perubatan, sistem perubatan, kawalan jangkitan, indeks yang berkualiti, kelayakan pekerja, keselamatan kemudahan, projek penyelidikan dan pendidikan perubatan dan sebagainya. Pada masa pemeriksaan rasmi sepanjang lima hari berakhir, En Robert, pemimpin pasukan, menyerahkan laporan kepada presiden hospital Wang Huaizhong dan kata, “Ini ialah laporan akreditasi yang menakjubkan dan kami semua bersetuju bahawa Modern Cancer Hospital patut disyorkan kepada ibu pejabat JCI di Chicago dan diterima sebagai hospital diiktiraf JCI.”

Walaupun standard hospital JCI versi 5 diperkenalkan hanya untuk setahun, Modern Cancer Hospital Guangzhou telah memenangi cap emas JCI dengan markah yang baik serta mencatatkan rekod baru untuk kelulusan akreditasi JCI dalam peringkat masa paling pendek di China. Kejayaan ini adalah disebabkan oleh pihak hospital yang berusaha keras sepanjang 9 tahun. Sejak pertubuhan, Modern Cancer Hospital Guangzhou telah berusaha senantiasa untuk memperkenalkan mod pengurusan perubatan uang ulung di dunia yang banyak mempertingkatkan kualiti dan pengurusan perubatan. Kedua-dua kualiti perubatan dan kepuasan pesakit adalah bertambah baik dari tahun ke tahun.

Akreditasi JCI memihak kepada kemajuan kualiti perkhidmatan hospital

Sejak persediaan akreditasi JCI, Modern Cancer Hospital Guangzhou telah mencapai pengingkatan yang besar dalam semua aspek. Daripada perkhidamatan perubuatan ke perbaikan proses pengurusan, terdapat perubahan baru di mana-mana saja hospital. Akreditasi JCI bukan sahaja mendorong hospital untuk mencapai standard antarabangsa, tetapi juga menyeragamkan alir kerja dan mengubah konsep kakitangan. Ini juga kunci emas untuk mencapai perbaikan kualiti yang pantas untuk hospital ini.

Semasa kerja persediaan, standard JCI digunakan untuk seragamkan proses perkhidmatan perubatan melalui suatu peraturan yang serius, ketat, terperinci dan khusus, supaya mengurangkan kemungkinan kesilapan perubatan. Sebagai contoh, penandaan tempat pembedahan, JCI menetapkan bahawa sebelum pembedahan, kakitangan perubatan harus menandakan tempat pembedahan bersama pesakit, selepas masuk ke bilik operasi, doktor, jururawat dan pakar bius perlu menjalankan “Time Out” untuk memeriksa tanda pembedahan bersama-sama. Langkah-langkah ini boleh sepenuhnya mengelakkan kesilapan tempat pembedahan. Kakitangan perubatan juga secara beransur-ansur menyedari manfaat standard JCI, yang bukan sahaja memastikan keselamatan pesakit, tetapi juga mengurangkan risiko pekerjaan. Walaupun Jabatan Keselamatan, JCI juga memaparkan keperluan yang jelas bahawa setiap peralatan perubatan perlu mempunyai pengenalan boleh dikesan; pili bomba secara tegas patut diletak pada tempat yang tepat; setiap pelan jalan keluar harus mepamerkan arahan yang terperinci… Di samping itu, butang panggilan dipasang di setiap tandas; alas tangan juga dipasang pada tempat jangkauan pesakit, dan tanda amaran telah ditandakan pada ambang pintu lebih tinggi daripada lantai… Kesimpulannya, semua butiran diperkukuhkan untuk menjaga pesakit.

“Akreditasi JCI memperkenalkan kedua-dua standard perubatan antarabangsa paling tinggi dan konsep perkhidmatan ‘berpusatkan pesakit’”, kata presiden Wang Huaizhong. Selepas melaksanakan standard JCI, semua kakitangan perubatan di hospital ini telah berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk memperbaikan kualiti perubatan dan juga keselamatan pesakit. Sebarang risiko yang berkemungkinan menjejaskan keselamatan pesakit dan kakitangan akan dikesan dan dibasmikan pada masa yang pertama. Dengan konsep perkhidmatan “berpusatkan pesakit” ditanam secara mendalam pada minda kakitangan, sebarang kehendak dan permintaan daripada pesakit akan didengarkan oleh penterjemah, doktor, jururawat atau pemimpin hospital dan akan dihargai. Pembinaan standard hospital dan pelaksaan perkhidamatan kemanusiaan telah mencapai perbaikan yang bagus. Kualiti perubatan juga akan dipertingkatkan kepada tahap baru.

Berpandukan JCI, peningkatan berterusan kualiti perubatan akan dilakukan

"Akreditasi permulaan tidak bermakna berakhirnya kerja-kerja kami. Hanya dengan akreditasi semula membolehkan kami mengekalkan JCI akreditasi kerana JCI perlukan organisasi yang diiktiraf untuk akreditasi semula secara berkala,” kata Wang Huaizhong. Walaupin di Amerika, setengah daripada hospital diiktiraf JCI akan dilucutkan nama akreditasi JCI keran penurunan kualiti perubatan pada tahap yang berbeza.

“Akreditasi JCI tidak akan menghentikan peningkatan berterusan dalam kualiti perubatan, tetapi ia akan memberi kami garis permulaan baru, supaya kami boleh berdiri atas bahu gergasi dan mencari kemajuan yang lebih besar,” tambah En Wang Huaizhong. Walaupun masa berubah, pengurus teruskan peningkatan dan permintaan bertambah banyak secara berterusan, kualiti perubatan hanya boleh menjadi lebih baik melalui peningkatan berterusan. Oleh itu, akreditasi JCI ialah cara yang penting untuk meningkatkan kualiti perubatan, secara berhati-hati melaksanakan semua proses kerja dianjurkan oleh JCI dan mewujudkan satu mekanisme pengurusan kualiti perubatan jangka panjang yang berkesan untuk memastikan keselamatan pesakit ialah matlamat akhir Modern Cancer Hospital Guangzhou.

Mr. Robert, leader of the evaluation experts team, handed evaluation reports over to hospital president Wang Huaizhong

Modern Cancer Hospital Guangzhou is dedicated to providing the most convenient, considerate medical service for human health.

Pleasant environment, patient-oriented service and colorful hospital life are uncomparable superiorities of MCHG.

JCI evaluation experts were inspecting in the hospital

Encik Robert, pemimpin pasukan pakar penilai, serahkan laporan penilaian kepada presiden hospital Wang Huaizhong

Modern Cancer Hospital Guangzhou berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan perubatan untuk kesihatan manusia yang paling mudah dan bertimbang rasa.

Persekitaran yang menyenangkan, perkhidmatan berpusatkan pesakit dan kehidupan hospital yang berseri adalah kelebihan MCHG tidak dapat dibandingkan.

Pakar penilaian JCI sedang memeriksa di hospital

Lokasi Pejabat Malaysia
Soalan Lazim (FAQ)
Perkhidmatan Perubatan

Anda akan mendapat panggilan percuma selepas penyerahan anda.

Hantar

Telephone hotline

 0060102066616 (KL)
 0060108988919 (PEN)

Cancel

Confirm