Mengapa Pilih MCHG
Jenis Kanser
Terapi-terapi kanser
Cerita Pesakit
Pusat Perkhidmatan
Hubungi Kami

Apakah itu sel stem?

Dalam istilah “sel stem”, “stem ” bermaksud “pokok”, “batang pokok” dan “asal”. Sel-sel stem sama seperti pokok-pokok yang dapat bercambah cawangan dan daun, bunga dan berbuah. Oleh itu, para saintis mendefinisikan sel-sel stem seperti berikut: sel stem adalah sel primitif yang mempunyai kapasiti pembaharuan diri dan potensi pembezaan berpelbagai. Ia merupakan sel asal sesuatu organisma. Sel-sel stem dipanggil sebagai “sel-sel berpelbagai fungi ” oleh kalangan ahli-ahli perubatan kerana mereka dapat membezakan diri kepada pelbagai sel-sel berfungsi serta histoorgan dalam keadaan tertentu.

Biasanya, sel-sel stem datang dari dua sumber utama: embrio yang dibentukkan dalam fasa Blastocyst semasa perkembangan embrio (sel-sel stem embrionik), serta tisu dewasa (sel-sel stem dewasa). Kedua-dua jenis umumnya disifatkan dengan potensi mereka ataupun potensi untuk membezakan diri kepada jenis sel yang berbeza, seperti kulit, otot atau tulang.

Tiga jenis sel-sel stem

Berdasar kepada keupayaan potensi pembezaan, sel stem dapat dibahagikan kepada tiga jenis.

1. Sel-sel stem Totipotent mempunyai keupayan potensi pembezaan untuk membina satu organisma yang lengkap dan berdaya.

Sebagai contoh, sel-sel stem embrionik, juga dipanggil sebagai sel-sel ES, merupakan satu sistem sel, yang dibahagikan daripada jisim sel dalaman di peringkat awal embrio. Mereka dibezakan oleh sifat morfologi yang serupa dengan sel-sel peringkat awal embrio serta keupayaan tinggi untuk pembezaan mereka. Mereka dapat mensenyawakan tidak terbatas serta membezakan kepada lebih daripada 200 jenis sel dalam badan dan memgembangkan kepada sebarang jenis tisu dan organ.

2. Sel-sel stem Multipotent mempunyai potensi keupayaan membezakan kepada banyak jenis tisu sel tetapi mereka tidak berupaya untuk berkembang menjadi satu organisma yang lengkap. Dimana ada satu had tertentu bagi potensi keupayaan berkembang. Ambil sum-sum tulang multi-potensi stem sel darah sebagai contoh. Ia dapat membezakan kepada sekurang-kurangnya 12 jenis sel-sel darah tetapi tidak dapat membezakan kepada jenis sel yang lain kecuali sistem hemopoeitik.

3. Sel-sel Stem Unipotent

Sel-sel Stem Unipotent hanya dapat menjadi satu jenis atau dua jenis sel yang berkait rapat, seperti sel-sel stem lapis basal tisu epithelium, myoblast dalam otot.

Kelebihan Terapi Sel Stem

Terapi sel stem adalah sel-sel stem yang diimplan ke dalam badan pesakit sebagai “ubat” untuk memperbaiki tisu dan organ yang sel-selnya telah rosak supaya untuk mengawal keadaan penyakit. Ia boleh digunakan ke atas penyakit-penyakit yang berkaitan dengan organ-organ, tisu-tisu, nadi, anti-penuaan, dan sebagainya.

1. Ia boleh mengelakkan penolakan imunologi

2. Tidak perlu benar-benar memahami mekanisme tepat penyakit

3. Tidak ada kesan sampingan ubat tradisional. Terapi sel stem adalah lebih selamat.

Kelebihan Terapi Stem Sel untuk Diabetes Mellitus

1. Selamat dan Sikit Kesan Sampingan

Terapi Sel Stem adalah lebih selamat dan mempunyai sikit kesan sampingan. Sebelum terapi sel stem, rawatan anti-penolakan, rawatan induksi sasaran, kestabilan rawatan dan ujian penilaian keselamatan akan diproses.

Terapi ubat akan digunakan untuk mengawal keadaan diabetes mellitus untuk sementara waktu. Walau bagaimanapun, penggunaan ubat untuk jangka masa yang panjang akan menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya kepada badan, seperti kemerosotan fungsi ginjal, kerosakan hati, dan sebagainya.

2. Rawatan Singkat – 3 Minggu

Ia hanya mengambil masa tiga minggu bagi pesakit-pesakit untuk menerima terapi sel stem untuk diabetes mellitus. Selepas mengambil terapi sel stem untuk diabetes mellitus, pesakit-pesakit akan melepaskan diri daripada penderitaan yang disebabkan oleh diabetes mellitus dalam jangka masa yang singkat. Sesetengah pesakit terpaksa menyuntik insulin untuk mengekalkan kehidupan dan lagi teruknya, sesetengah pesakit tidak dapat hidup tanpa suntikan insulin dalam sepanjang hidup mereka.

Rawatan sel stem berkesan atas 102 pesakit daripada jumlah kes diabetes sebanyak 123

Sejak April 2010, kami telah merawat 123 kes diabetes dengan implantasi sel stem, termasuk diabetes jenis 1 dan jenis 2. Walau bagaimanapun, kesan rawatan bergantung kepada keadaan peribadi termasuk jenis diabetes, umur, keadaan badan dan jangka masa penyakit dan sebagainya. Di antara 123 orang pesakit diabetes, sebanyak 21 orang pesakit telah berhenti insulin, 81 orang pesakit telah mengurangkan dos insulin, 12 orang pesakit tidak menunjukkan apa-apa perubahan dan 9 orang pesakit perlu menambahkan dos insulin. Kebanyakan mereka, sel-sel stem berkesan sepanyang 2 minggu selepas rawatan disertai dengan hipoglisemia. Kadar peningkatan fungsi islet pancreas dan gula darah sampai 90 – 80%, dan fungsi islet pancreas majoriti pesakit mendapat peningkatan yang ketara dalam setengah tahun tanpa tindak balas luar.

Kadar Efektif sel-sel stem diabetes jenis 2 lebih kurang 85% - 95%

Kami telah membuat statistik analisis sepanjang 5 tahun tentang pesakit diabetes jenis 2 yang telah menerima rawatan sel stem di pusat kami dan kami dapati bahawa, sel-sel stem berefektif ke atas 85% - 95% pesakit, 50% pesakit-pesakit telah mengurangkan separuh dos insulin selepas rawatan dan gula darah mereka dalam julat yang stabil. Di samping itu, risiko komplikasi serious seperti diabetes mellitus keto-acidosis dan hipoglisemia telah banyak berkurang, dan pada masa yang sama kualiti hidup mereka telah pun meningkat dengan ketara. 20% pesakit telah berhenti insulin atau ubat oral untuk gula darah, apabila gejala-gejala yang diakibatkan oleh retinopati diabetes dan diabetes saraf periferal, seperti penglihatan kabur, anggota badan kebas dan kesejukan, and rasa pencucukan telah pun lega dengan efektifnya, mencapai kesan rawatan yang bagus.

Kelebihan Terapi Sel Stem untuk Sirosis

Sel stem transplantasi mempunyai kelebihan berisiko rendah, keberkesanan segera, kurang sakit, efikasi baik, dan sebagainya. Berbanding dengan terapi transplantasi hati atau terapi ubat, sel stem transplantasi menonjolkan kelebihan bioteknologi. Terapi sel stem tidak akan mengakibatkan sebarang kesan sampingan dengan immuniti rendah dan jarang berlakunya penolakan imunologi. Penggunaan ubat dalam jangka masa yang panjang akan mengakibatkan rintangan kepada ubat dan menambahkan tekanan tambahan ke hati. Apabila pesakit berhenti ubat, ia akan mengancam nyawa. Transplantasi hati adalah untuk meletakkan hati lain ke dalam tubuh badan pesakit, berisiko tinggi dan mungkin mengakibatkan penolakan imunologi. Semasa pembedahan, ada kemungkinan berlakunya komplikasi pembedahan termasuk pendarahan berlebihan atau jangkitan, dan sebagainya.

Kelebihan Terapi Sel Stem untuk Kegagalan Ginjal

1. Kesan yang Ketara

Satu minggu selepas rawatan akan nampak kesannya. Selepas dua kitaran rawatan, fungsi ginjal akan beransur-ansur pulih dan gejala-gejala seperti oliguria, edema, tekanan darah tinggi, anemia akan bertambah baik ataupun dihapuskan. Walau bagaimanapun, ubat dan dialisis hanya dapat mengurangkan gejala-gejala penyakit tanpa membaiki ginjal yang rosak secara radikal.

2. Selamat dan Boleh Dipercayai

Sel stem tidak akan mengakibatkan apa-apa kesan sampingan kerana ia bersifat imunologi rendah dan jarang menyebabkan penolakan imunologi. Rawatan ini dijalankan dengan teknologi invasif minimal, yang tidak perlu pembedahan, tidak sakit dan keberkesanan cepat.

3. Aplikasi Klinikal yang Meluas

Terapi sel stem dapat merawat penyakit yang diakibatkan oleh kegagalan ginjal dengan berkesan, manakala ia juga berkesan ke atas pesakit penurunan fungsi ginjal atau penurunan fungsi ginjal kronik atau peringkat I, II, II (peringkat kegagalan ginjal), IV (peringkat uraemia). Berbanding dengan terapi sel stem, ubat lebih berkesan kepada pesakit-pesakt penurunan fungsi ginjal di peringkat I dan terapi dialisis biasanya diberikan kepada pesakit-pesakit di peringkat pertengahan atau lanjutan. Transplantasi buah pinggang adalah rawatan terakhir kepada pesakit-pesakit kegagalan ginjal.

Apakah itu regenerasi sel- sel stem?

Regenerasi sel-sel stem bermaksud mengguna sel-sel stem autologous untuk implantasi. Boleh dikatakan bahawa, di mana itu penyakit, di mana itu sel-sel stem akan diimplankan untuk menyembuhkan penyakit.

Bagaimana regenerasi sel-sel stem berfungsi?

Konsep perubatan regeneratif berasal dari lintah, cicak air, cicak dan beberapa haiwan yang lain. Haiwan-haiwan ini tidak hanya mempunyai regeneratif sel-sel stem yang kuat, tetapi juga mempunyai mekanisme yang dapat memulakan pertumbuhan sel-sel stem dengan pantas, oleh itu mereka dapat menumbuh ekor baru dan anggota badan selepas terputus.

Teknologi sel-sel stem adalah sebahagian “teknologi perubatan regeneratif”. Nilai teknologi sel-sel stem yang paling hebat adalah ia dapat menghasilkan sel-sel, tisu-tisu, organ-organ yang baharu, lebih muda dan normal dengan pengasingan sel-sel stem, kultur dan arah teraruh pembezaan in vitro. Kemudiannya implan mereka ke dalam tubuh badan manusia melalui teknologi implantasi yang tertentu untuk menggantikan sel-sel semula jadi atau telah mati patologikal. Teknolgoi ini membawa satu revolusi baru kepada merawat pelbagai penyakit yang sukar dikawal (contohnya sirosis hepatik).

Sumber sel-sel stem untuk implantasi

Ada 3 sumber sel-sel stem yang mungkin digunakan untuk implan: sum-sum tulang, aliran darah (darah periferi), dan darah tali pusat dari bayi baru lahir. Walaupun sum-sum tulang adalah sumber pertama untuk transplan sel stem, tetapi kini darah periferi lebih kerap digunakan.

Prosedur implantasi sel-sel stem Modern Cancer Hospital Guangzhou:

Langkah 1: Ambil sum-sum tulang dari pesakit;

Langkah 2: Mengasing, membersih dan membiak sel-sel stem in vitro;

Langkah 3: Memindah sel-sel stem penggantungan balik ke hati pesakit;

Langkah 4: Sel-sel stem menetap di hati dan membezakan kepada sel-sel hepatik.

Faktor-faktor penentu kesan implantasi sel-sel stem:

1. Faktor kualitatif sel-sel stem. Rawatan yang hanya mengasingkan sel-sel stem darah periferi pesakit dan sel-sel stem sum-sum tulang dan kemudiannya memindahkannya ke dalam tubuh badan pesakit tidak dapat mencapai kesan rawatan yang baik. Sel-sel stem yang kita gunakan adalah diasing dan dikultur dengan teknologi tertentu oleh Modern Cancer Hospital Guangzhou.

2. Cara input. Kami menggunakan terapi intervensi arteri hepatik. Kini, kaedah input portal vena, infusi intravena dan implantasi transhepatik digunakan di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, kami percaya bahawa terapi intervensi arteri hepatik adalah cara input yang paling baik kerana arteri hepatik adalah arteri pembekal nutrisi.

3. Kitaran rawatan. Kita percaya bahawa kitaran rawatan perlu mengikut keadaan tertentu pesakit. Rawatan yang efektif dan perbelanjaan kurang adalah perkara yang perlu kami mempertimbangkan untuk pesakit-pesakit.

Aplikasi klinikal

Kini, implantasi sel-sel stem digunakan di peringkat antarabangsa untuk merawat diabetes jenis 1 dan jenis 2, kaki diabetes, sirosis hepatik, penyakit hati yang serius, nefrotik sindrom, penyakit lupus nefritis, kepala femoral nekrosis, myasthenia gravis, disfungsi seksual lelaki dan penyakit vaskular periferal,yang sangat sukar dirawat melalui terapi konvensional.