Menu
Pisau Foton

Apakah itu pisau foton (Terapi radiasi konformal 3D)?

Pisau foton juga dinamakan sebagai Radioterapi Konformal Tiga Dimensi – Pelbagai bidang, bukan sesatah dan terapi koformal. Pisau foton ialah satu teknik yang mana sinaran radiasi digunakan dalam rawatan akan dibentuk untuk dipadankan dengan tumor. Sebelum ini, rawatan radiasi dipadankan dengan ketinggian dan kelebaran tumor. Ini bermakna tisu yang sihat juga akan terdedah kepada sinaran. Sekarang teknologi pengimejan canggih memungkinkan ia mengesan dan merawat tumor dengan tepat.

Pisau foton akan maklumat penyasaran untuk fokus kepada tumor secara tepat sambil mengelakkan tisu persekitaran yang sihat. Penyasaran yang tepat ini membolehkan penggunaan tahap radiasi yang lebih tinggi dalam rawatan, yang berkesan dalam mengecutkan dan membunuh tumor.

Bagaimanakah Pisau Foton ( Terapi Radiation Konformal 3D) dilakukan?

Langkah 1: lokasi tumor ---- menentukan posisi tepat dan skop tumor dan persekitaran organ penting dengan panduan peralatan berorientasi dimensional, pengimbasan CT, MRI, radiografi subtraksi digital atau dengan teknik pembinaan semula tiga dimensi. Proses ini digelar pemposisian tiga dimensi.

Langkah 2: Perancangan pelan ---- pelan rawatan optimum dibuat dengaan pembahagian lesi yang dikira dengan tepat dan pengagihan dos kepada organ penting persekitan.

Langkah 3: Terapi jitu ---- radiasi foton dengan pelbagai tenaga akan digunakan berdasarkan saiz, lokasi dan kedalaman tumor supaya tenaga bokeh memasuki lapisan dalam tumor. Ini mengakibatkan keseksaan, bengkak dan nekrosis tisu lesi sehingga sel mati akan diserap, diuraikan dan dikumuhkan oleh tisu normal persekitaran.

Apakah yang boleh dijangka oleh saya semasa sesi Radiasi 3D?

Sebelum rawatan, anda akan menjalani satu sesi simulasi (atau perancangan) yang mana satu acuan padan yang khas dihasilkan. Tahu lebih banyak tentang sesi perancangan untuk radiasi.

Satu sesi terapi radiasi 3D biasanya mengambil masa lebih kurang 30 minit.

Ahli terapi melakukan rawatan menurut kepada imej 3D tumor dan maklumat didapat daripada simulasi.

Anda akan baring dalam acuan atas meja x-ray.

Semasa rawatan, sinaran daripada beberapa arah akan padan dengan ketinggian, kelebaran dan kedalaman tumor dengan tepat.

Pemecut linear bergerak dalam bentuk bulatan sekitar kawasan tumor.

Rawatan sebenar hanya mengambil beberapa minit sahaja.

Pakar kanser anda akan menentukan jadual rawatan anda dan kekerapan untuk anda menjalani proses rawatan.

Apakah kelebihan Pisau Foton (Terapi Radiasi Konformal 3D)?

1. Beberapa sesatah akan diletakkan berdasarkan bentuk dimensi tumor untuk serangan menyeluruh kepada tisu tumor.

2. Dos terkumpul daripada beberapa radiasi sesatah membolehkan ia senang untuk capai dos kemautan untuk bunuh tumor.

3. Elakkan pembedahan, perdarahan, penderitaan dan risiko. Sinaran radioaktif foton menyebabkan kematian tisu tumor dalam badan manusia dan mengurangkan komplikasi yang berjangkit.

4. Ia boleh digunakan pada banyak kawasan yang penting yang mana pembedahan tidak dibenarkan seperti sisi vena besar jantung, hilum paru-paru dan penyakit pengulangan pada bahagian pelekat pasca bedah.

5. Berbilang tempat, berbilang sudut dan radiasi konformal dilakukan pada tisu tumor dengan tepat di bawah kawalan computer yang moden, dengan kadar rendah pada kesan sampingan atas tisu normal.

Jensi Kanser yang boleh dirawat

Pisau foton paling berguna terhadap tumor yang dekat dengan organ dan struktur yang penting dalam badan anda. Ini disebabkan ia boleh mengelakkan kerosakan radiasi kepada tisu badan dan organ yang sihat. Ia boleh digunakan untuk merawat:

Kanser prostat

Kanser pada saluran makanan (kanser esophagus)

Kanser paru-paru

Kanser pundi kencing

Kanser pankreas

Kanser hati

Kanser kepala dan leher

Tumor otak

Location of Malaysia Office
Frequently Asked Questions (FAQ)
Attend cancer symposiums

You will get a free call after your submission.

Submit Form

Telephone hotline

 0060102066616 (KL)
 0060108988919 (PEN)

Cancel

Confirm