Menu
Terapi Fotodinamik

Apakah itu PDT (Terapi Fotodinamik)?

Terapi fotodinamik (PDT) ialah satu rawatan yang gunakan sejenis ubat, dipanggil pefotopeka atau agen pefotopeka, dan sejenis cahaya tertentu. Apabila pefotopeka terdedah kepada jarak gelombang cahaya tertentu, mereka akan menghasilkan suatu bentuk oksigen yang bunuh sel berhampiran. PDT diluluskan oleh U.S. FDA dalam penggunaan klinikal pada tahun 1996 dan diluluskan oleh Chinese SFDA pada tahun 2003.

Terapi Fotodinamik (PDT), Terapi fotodinamik (PDT) untuk rawatan kanser

Bagaimanakah PDT digunakan untuk rawatan kanser?

Langkah pertama rawatan kanser PDT, satu agen pefotopeka disuntik ke dalam aliran darah. Agen diserap oleh sel pada semua bahagian badan tetapi singgah dalam sel kanser lebih lama berbandingkan sel normal. Lebih kurang 24 hingga 72 jam selepas suntikan, tumor didedahkan kepada cahaya pada waktu kebanyakan agen telah hilang daripada sel normal tetapi masih dalam sel kanser. Pefotopeka dalam tumor serap cahaya dan menghasilkan suatu bentuk oksigen aktif yang membunuh sel kanser berhampiran.

Selain daripada membunuh sel kanser secara tepat, PDT dapat mengecutkan atau menghapuskan tumor dengan dua cara. Pefotopeka boleh merosakkan saluran darah dalam tumor, kemudiannya menghalang kanser mendapatkan nutrisi yang diperlukan. PDT juga boleh mengaktifkan sistem keimunan untuk melwaan sel kanser.

Cahaya yang digunakan untuk PDT boleh datang daripada laser atau punca yang lain. Cahaya laser boleh diacukan melalui kabel optik fiber (fiber nipis yang menghantar cahaya) untuk menghantar cahaya ke kawasan dalaman badan. Sebagai contoh, satu kabel optic fiber boleh dimasukkan melalui endoskop (satu tiub tipis dan ringan yang digunakan untuk melihat tisu dalam badan) ke dalam paru-paru atau esophagus untuk rawat kanser dalam organ tersebut. Diod pancar cahaya (LED), atau punca cahay lain, mungkin digunakan untuk tumor permukaan seperti kanser kulit.

Apakah kelebihan PDT?

Invasif minimal: Elakkan pembedahan dan cedera. Kurang sakit.

Kesan yang pantas: kesan akan tertunjuk dalam 48 – 72 jam.

Untuk menghalang pengulangan kanser: Hapuskan lesi yang kecil dan mengurangkan pengulangan tumor.

Komplikasi yang kurang: mempunyai tahap toksik yang rendah. Ini amat sesuai pesakit dengan kanser peringkat lanjutan atau pesakit yang tua serta pesakit dengan status fizikal yang tidak baik.

Adakah PDT mempunyai sebarang komplikasi atau kesan sampingan?

Porfimer sodium buat kulit dan mata sensitive terhadap cahaya kira-kira 6 minggu selepas rawatan. Oleh itu, pesakit dinasihatkan untuk elakkan cahaya matahari dan cahaya dalaman yang terang secara langsung untuk sekurang-kurangnya 6 minggu.

Pefotopeka cenderung kumpul dalam tumor dan cahaya yang diaktifkan difokus pada bahagian tumor. Kesimpulannya, kerosakan kepada tisu yang sihat adalah minimal. Walau bagaimanapun, PDT boleh mengakibatkan terbakar, bengkak, kesakitan dan parut pada tisu berhampiran.

Kesan sampingan PDT yang lain berkaitan dengan kawasan yang dirawati. Ini termasuklah batuk, masalah menelan, sakit perut, pernafasan yang sakit atau sesak nafas. Kesan sampingan ini biasanya buat sementara waktu saja.

Apakah jenis kanser yang dirawat dengan PDT pada masa ini?

Kanser orofarinks – kadar keberkesanan capai 75% - 100% untuk kanser oral dan kanser nasofarinks peringkat awal.

Kanser esofagus – boleh mempertingkatkan penghalangan yang luar biasa terhadap kanser eofagus progresif. Juga berkesan dalam kanser esophagus servikal dan kanser esofagus submukosal tersebar. Berkemampuan untuk menghapuskan tumor intrakaviti daripada kanser esofagus boelh dirawat dengan letakan sten.

Esofagus Barrett – bukan sahaja menghapuskan epitelium esofagus Barrett, tetapi juga boleh merawat adenokarsinoma esofagus peringkat awal.

Kanser paru-paru – kadar hidup untuk kanser bronkus peringkat awal capai 90%. Kadar bertambah baik untuk karsinoma bronkus obstruktif yang progresif capai 85%.

Kanser gaster – kadar hidup untuk kanser gaster peringkat awal ialah 85%, berkesan dalam mengurangkan gejala kanser gaster yang progresif.

Kanser pundi kencing – untuk merawat in situ karsinoma. Kadar keberkesanan kanser yang progresif capai 71%.

Kanser yang lain – kanser kolorektum, karsinoma duktus hempedu (khususnya kanser saluran hempedu hilar), pankreas, kanser ampula, kanser abdomen, mesotelioma pleura dan mesotelioma abdomen, kanser jantung, tumor otak dan kanser salur genitourinari.



Lokasi Pejabat Malaysia
Soalan Lazim (FAQ)
Perkhidmatan Perubatan

Anda akan mendapat panggilan percuma selepas penyerahan anda.

Hantar

Telephone hotline

 0060102066616 (KL)
 0060108988919 (PEN)

Cancel

Confirm