Menu
Terapi intervensi

Apakah terapi intervens invasive minimal?

Terapi intervensi adalah sejenis terapi invasif minimal yang dilakukan dengan bantuan peralatan pengimejan perubatan. Ia terutamanya dibahagikan kepada dua kategori yang besar: terapi intervensi vaskular dan terapi intervensi bukan vaskular. Doktor akan menembuskan peralatan seperti jarum atau kateter (tiub panjang & nipis) ke dalam badan melalui pemotongan kecil (1-2 mm) pada kulit. Peralatan akan berpandukan teknik pengimejan dipanggil fluoroskopi dibawa sampai tumor. Dengan cara ini, doktor boleh memberikan ubat rawatan terus kepada tumor. Tiada pembedahan, trauma kecil, pemulihan yang cepat dan kesan yang baik adalah ciri-ciri utama terapi intervensi yang digunakan secara meluas semasa diagnosis dan rawatan tumor.

Bagi pesakit kanser peringkat awal, kadar hidup pesakit sepanjang 5 tahun selepas reseksi radikal adalah sehingga 60% -90%. Walau bagaimanapun, disebabkan had teknologi kini, lebih 70% daripada pesakit yang didiagnosis dengan kanser pada peringkat pertengahan atau akhir. Pada masa ini, sel-sel kanser berkembang pesat dan metastasis ke bahagian badan lain yang membahayakan nyawa pesakit. Terapi intervensi invasif minimal boleh menghalang bekalan nutrisi kepada sel kanser dan mencegah penyebaran sel-sel kanser. Jikalau pesakit didiagnosis dengan kanser peringkat lanjut, dia sudah terlambat untuk masa terbaik bagi reseksi tumor. Terapi intervensi invasif minimal boleh mengecutkan tumor supaya mewujudkan keadaan sesuai untuk pembedahan.

Kemoterapi tradisional dan terapi sinaran juga membawa kemudaratan kepada sel-sel sihat semasa membunuh sel-sel tumor. Ini mengurangkan keimunan badan dan membawa kesan sampingan yang besar. Pada peringkat pertengahan dan lanjutan, pesakit kanser akan menjadi lemah and mengalami kegagalan organ, maka mereka tidak dapat sesuai untuk kemoterapi dan radioterapi yang tradisional. Terapi intervensi invasif minimal mempunyai kerosakan yang kurang kepada badan dan ubat-ubatan boleh dihantar ke tumor secara langsung. Ini mengurangkan kesan sampingan.

Metastasis adalah tanda yang nyata pada kanser dan ini membezakan ianya daripada penyakit lain. Inilah punca sebenar kematian kebanyakan pesakit kanser. Terapi intervensi invasif minimal boleh mengurangkan metastasis sel-sel kanser secare berkesan.

Intervensional Terapi Vs Tradisional Kemoterapi


Terapi Intervensi

Kemoterapi Tradisionla

Kerosakan

Pemotong kecil (1-2mm), dengan kesan sampingan kecil, mengurangkan kerosakan daripada pembedahan

Siri kesan sampingan: seperti pengurangan leukosit dan trombosit, pengurangan sistem keimunan dan jangkitan, serta keguguran rambut atau muntah

Siri rawatan

Siri pendek, pemulihan yang cepat

Biasanya 4-8 siri, satu bulan bagi setiap siri, jangka masa rawatan yang lama

Kelebihan & Kekurangan

Kelebihan: menghalang bekalan darah kepada tisu kanser, sasaran tinggi untuk membunuh sel-sel kanser; tumpuan besar terhadap penggunaan ubat , kesan sampingan yang kurang dengan membunuh sel kanser cepat dan tepat.; penilaian kesan masa nyata dan kesan yang ketara.

Kelebihan: pembuangan tumor cepat. Terapi terbaik untuk tumor peringkat awal. Kekurangan: kesan sampingan yang besar, membunuh sel-sel kanser dan juga membunuh sel-sel normal, mudah bagi merosakan fungsi keimunan badan manusia. Tidak boleh merawat tumor peringkat akhir secara berkesan.

8 Kelebihan yang nyata bagi Terapi Intervensi Invasif Minimal


Tumpuan pada Sasaran

Tepat kedudukan, menghalang bekalan darah kepada sel tumor secara langsung, mengakibatkan sel tumor mati kebuluran, kerosakan tisu normal yang berkurangan.

Trauma kecil

Trauma yang sangat kecil untuk mengurangkan kesakitan pesakit kanser.

Kebolehulangan kuat

Tanpa had terhadap kitaran metabolisme sel-sel tumor, ia boleh dilakukan berulang-ulang kali secara pemeringkatan untuk nodul tumor berbilangan atau berulangan.

Penilaian Keberkesanan masa nyata

Dengan pemantauan peralatan pengimejan moden (DSA), kita boleh menilai kesan objektif terapi intervensi secara masa nyata dan berkesan.

Kesan sampingan kecil

Dos kecil dan penggunaan ubat yang tepat membawa kesan sampingan yang kecil dan tidak ada rintangan ubat.

Bius Setempat

Terapi intervensi hanya memerlukan bius setempat yang tidak mempunyai gangguan sistem ataupun risiko pembiusan. Ianya tidak memerlukan bius am.

Pemulihan Pantas

Secara umumnya pesakit boleh teruskan aktiviti biasa 12 jam selepas pembedahan dan keluar dari hospital selepas 4-5 hari.

Kesan yang ketara

Pesakit yang telah menjalani terapi intervensi dapat memanjangkan jangka hidup dan kualiti kehidupan mereka akan bertambah baik dengan ketara.

Siapakah Pesakit sesuai untuk Terapi intervensi invasif minimal?

1. Untuk pesakit yang tidak sesuai untuk pembedahan atau kehilangan peluang pembedahan;

2. Untuk pesakit yang mempunyai toleransi dan kesan yang tidak diingini pada kemoterapi atau terapi sinaran;

3. Sebagai persiapan sebelum pembedahan untuk pesakit kanser, ia boleh mengecutkan tumor supaya reseksi dengan lebih mudah;

4. Untuk pesakit yang reseksi tidak sempurna, kanser kambuh selepas pembedahan atau kegagalan rawatan;

5. Untuk pesakit kanser peringkat awal didiagnosis dengan hemangioma hepatik, kanser prostat awal, fibroid uterus benigna dan lain-lain;

6. Untuk pesakit kanser hati, kanser paru-paru, kanser buah pinggang, sarkoma dada dan perut, kanser pankreas, dan lain-lain yang terlepas peluang untuk beroperasi.

Kelebihan

Untuk memastikan ubat kemoterapi dan ejen embolisme disuntik ke dalam lesi tumor, doktor terapi intervensi invasif minimal perlu mempunyai tiga kemahiran berikut:

1. Pakar dalam sentesis , Iaitu, boleh melakukan penembusan secara tepat pada masa yang betul;

2. Mempunyayi pengetahuan darah membedah dengan baik;

3. Asas 3D Imageologi yang kukuh

Ketiga-tiga di atas tidak boleh dikecualikan dalam terapi intervensi. Modern Cancer Hospital Guangzhou mempunyai semua kemahiran di atas dalam memastikan kejayaan terapi intervensi.


Lokasi Pejabat Malaysia
Soalan Lazim (FAQ)
Perkhidmatan Perubatan

Anda akan mendapat panggilan percuma selepas penyerahan anda.

Hantar

Telephone hotline

 0060102066616 (KL)
 0060108988919 (PEN)

Cancel

Confirm