Mengapa Pilih MCHG
Jenis Kanser
Terapi-terapi kanser
Cerita Pesakit
Pusat Perkhidmatan
Hubungi Kami

Limfoma adalah malignan kepada sistem keimunan yang boleh berkembang di dalam mana-mana bahagian badan. Ia biasanya muncul sebagai tumor yang kukuh dalam organ-organ yang kaya dengan tisu limfa dan cenderung untuk mencerobohi nodus limfa, tonsil, limpa dan sum-sum tulang. Ia mudah diabaikan kerana gejala tersembunyi dan berbahaya. Akan tetapi kadar hidup boleh meningkat jikalau gejala dapat dikesan pada peringkat awal dan menerima rawatan tepat pada masa. Oleh itu, ia adalah penting bagi kita untuk mengetahui beberapa gejala limfoma.

limfoma, gejala limfoma

1. Gejala limfoma yang paling biasa ialah nodus limfa superfisial yang tiada rasa sakit, yang tumbuh secara beransuran dengan permukaan licin dan keras seperti hujung hidung. Nodus limfa yang bengkak paling sering berlaku pada leher dan kawasan supraklavikular, selepas itu, dalam ketiak dan inguen. Sesetengah kes ia mempamerkan gejala nodus limfa membengkak dalam badan, sebagai contoh, nodus limfa membengkak dalam mediastinum, rongga abdomen dan pelvis. Kes-kes ini mempunyai permulaan tersembunyi dan berbahaya sewaktu pesakit didiagnosis dengan limfoma, nodus limfa membengkak dalam badan biasanya adalah jelas untuk kesan.

2. Nodus limfa bengkak progresif mungkin menjejaskan atau tekan pada tisu atau organ di sekitar dan menyebabkan gejala berkaitan. Sebagai contoh, apabila vena kava utama ditekan oleh nodus limfa bengkak dalam mediastinum akan menghalang pengaliran balik darah yang menyebabkan muka dan leher bengkak, kesesakan dada, sakit dada atau sukar bernafas dan sebagainya. Jika nodus limfa bengkak pelvis dan rongga abdomen tekan pada saluran gastrousus, ureter atau duktus hempedu dan lain-lain akan mengakibatkan halangan usus, hidronefrosis, jaundis, yang juga boleh mengalami sakit perut dan perut kembung.

3.Selain daripada sistem limfa, limfoma juga boleh mencerobohi organ-organ lain dan menyebabkan gejala berkaitan. Sebagai contoh, limfoma gastrousus akan menunjukkan gejala seperti sakit perut, ulser perut, pendarahan dan penindasan dll, yang sama seperti penyakit perut dan kanser usus. Limfositoma kutis sentiasa disalah anggap sebagai psoriasis, ekzema dan dermatitis. Jika tumor tumbuh dalam otak, sakit kepala, penglihatan kabur, gangguan pertuturan, tidak sedar, perubahan dalam disposisi, diskenesia anggota badan atau seluruh badan, dan juga lumpuh dalam kes yang teruk. Apabila tumor mencerobohi tulang akan mengakibatkan kesakitan atau pematahan tulang. Jikalau dalam nasofarinks mungkin akan mengalami gejala seperti penyumbatan hidung, hidung berair, pendarahan hidung yang serupa dengan pesakit kanser nasofarinks.

4.Limfoma ialah penyakit umum kecuali gejala di atas, demam, peluh malam, kelemahan, kekurusan, hilang selera makan, ruam, gatal-gatal, anemia dan gejala sistematik lain boleh berkembang lebih daripada 50% pesakit. Daripada ini, limfoma superfisial mempunyai gejala jelas yang mudah dikesan awal. Akan tetapi bagi limfoma berkembang jauh di dalam badan, ia adalah sukar untuk diperhatikan kerana gejala berkenaan hanya akan berlaku apabila tumor cukup besar.

Pakar daripada Modern Cancer Hospital Guangzhou memperingatkan bahawa sesetengah penyakit mungkin menunjukkan gejala disebut di atas, pesakit mungkin tidak menghidapi limfoma sebaik gejala ini muncul dan patut pergi ke hospital untuk pemeriksaan tepat pada masa. Kemudiannya jikalau pesakit didiagnosis dengan limfoma, rawatan tepat pada masa boleh dijalankan untuk meningkatkan kesan terapeutik dan kualiti hidup.

Menyuarakan pertanyaan anda kepada profesional perubatan dalam talian dan anda

Perundingan Percuma




Terapi Intervensi

Terapi Intervensi merupakan satu gantian baru kepada kemoterapi tradisional, di mana seorang doktor memasukkan instrumen seperti jarum atau kateter (tiub yang panjang, kurus) ke dalam tubuh badan melalui insisi yang kecil (1-2mm) di kulit. Instrumen itu kemudiannya dipandu oleh satu teknik pengimejan berpanggil floroscopi ke tumor kanser. Dengan kaedah ini, doktor boleh terus menyampaikan ubat cancer ke dalam tumor.Ketahui Lebih Lanjut

Krioterapi

Krioterapi, juga dikenalkan sebagai “Krioterapi Pisau Argon- Helium”, merupakan satu gantian baru kepada pembedahan fizikal. Secara praktikalnya, ia merupakan rawatan kanser “melampau sejuk + melampau panas”. Umumnya, sekurang-kurangnya 10-15 minit diperlukan untuk mencapai kesan analgesik yang melampau (melegakan kesakitan) sementara menurunkan suhu tempat yang cedera, dengan demikian mengurangkan kadar metabolik dan bengkak yang berkait dengan cedera tisu.Ketahui Lebih Lanjut


Cari Doktor

Pasukan perubatan kami termasuk pakar bedah, pakar onkologi radiologi, pakar onkologi perubatan, jururawat, pakar pemakanan, bersama dengan jurubahasa dan pakar kesihatan yang berkaitan; kami berdedikasi untuk memberi anda perkhidmatan yang mudah dan berkualiti tinggi.

Perundingan Percuma